Nasihat buat semua Yang Berhormat - Utusan Malaysia

Nasihat buat semua Yang Berhormat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
Sungguh mengaibkan apabila telah menjadi tular di laman sosial ketika rakyat mengemuka masalah kepada seorang wakil rakyat maka rakyat ditengking habis-habisan oleh wakil rakyat mereka sendiri baru-baru ini.

Rupa-rupanya masih ramai wakil rakyat sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang masih tidak memahami prosedur kerja mereka. Mereka gagal dalam soal berkomunikasi dengan rakyat.

Adalah amat dikesali jika wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat menengking orang yang mengundi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apakah salah rakyat kemukakan sesuatu masalah kepada mereka selaku wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya lima tahun sekali itu?

Semua wakil rakyat harus diingatkan mereka dipilih dalam pilihan raya bukan untuk selesa duduk di kerusi empuk dan syok sendiri apabila telah dipilih rakyat.

Mereka harus menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Rakyat sekarang sudah cerdik dan tidak mahu diperbodohkan oleh wakil rakyat yang mahu kuasa dan mengekalkan jawatan di persada politik yang selesa.

Sedar atau tidak sedar, wakil rakyat yang dipilih perlu berkhidmat dengan penuh tanggungjawab kepada rakyat mereka di kawasan masing-masing . Ini kerana rakyat sedang menghakimi segala tindak-tanduk pemimpin mereka.

OUI BIN SAL

Tanah Merah, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini