‘Nak ayah, nak ayah...’ teriak anak wira bomba - Utusan Malaysia

‘Nak ayah, nak ayah…’ teriak anak wira bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Okt. – “Nak ayah, nak ayah….” Demikian teriakan Muhamad Meqa Al Asyraf, anak bongsu kepada Allahyarham Mohd. Fatah Hashim, 34, seorang daripada enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang ditemukan maut dalam operasi mencari dan menyelamat dekat Cyberjaya pada 3 Oktober lalu.

Teriakan tersebut didengari sebaik sahaja kanak-kanak berumur setahun 10 bulan itu melihat kelibat anggota dan pegawai berpakaian uniform bomba dalam Majlis Penghargaan Wira Merah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini hari ini.

Menurut ibunya, Noor Nadia Kamaludin, 29, sejak pemergian Mohd. Fatah 20 hari lalu, Muhamad Meqa sering demam dan selalu tercari-cari ayahnya kerana mereka sememangnya rapat.

“Kakaknya, Nur Medina Aisyah, 3, tahu bapanya sudah tiada jadi dia cuba mengelak melihat perkara berkaitan bomba.

“Tetapi ada satu malam semasa pulang ke rumah di Pelabuhan Klang buat pertama kali selepas ketiadaan Mohd. Fatah, Nur Medina terjaga daripada tidur pada pukul 4 pagi dan memanggil ayahnya. Saya pujuk dia kata ayah sudah tiada… kakak kena duduk dengan ibu,” katanya kepada pemberita dalam majlis berkenaan.

Majlis bertujuan menghargai serta menyampaikan sumba­ngan kepada waris-waris mangsa terbabit itu disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan turut dihadiri kira-kira 200 anggota JBPM di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN