Najib selesai bayar ikat jamin - Utusan Malaysia

Najib selesai bayar ikat jamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.30 petang selepas selesai membayar separuh daripada jumlah ikat jamin RM1 juta yang dikenakan terhadapnya.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan membayar baki wang jaminan sebanyak RM500,000 dalam tempoh 10 hari dari hari ini.

Terdahulu, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah membabitkan wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini