Najib sekali lagi dipanggil SPRM berkaitan kes 1MDB - Utusan Malaysia

Najib sekali lagi dipanggil SPRM berkaitan kes 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 1.53 petang tadi.

Najib dipercayai dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung urusan 1MDB dan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kali ini beliau memasuki bangunan suruhanjaya ini melalui pintu utama bangunan dengan menaiki kenderaan jenis Audi warna kelabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar. Beliau tiba pukul 3.25 petang menaiki kereta Perodua Myvi warna hitam.

Difahamkan Irwan juga dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan yang sama dengan Najib.

Hari ini merupakan kali ketiga dalam bulan ini bekas presiden Umno itu disoal siasat SPRM berhubung urusan 1MDB dengan IPIC. Manakala, kali pertama buat Irwan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini