Najib, Irwan Serigar dipanggil SPRM esok - Utusan Malaysia

Najib, Irwan Serigar dipanggil SPRM esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi memberikan keterangan berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Sumber berkata, selain beliau, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah turut dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat SPRM esok di Putrajaya.

“Kedua-dua individu tersebut diminta hadir kira-kira pukul 2 petang dan mereka sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Irwan Serigar dijangka ditahan sebelum didakwa di Mahkamah pada Khamis ini manakala Najib pula mungkin tidak akan ditahan dan dibebaskan sebaik keterangannya diambil,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu, Najib berkemungkinan menghadapi sekurang-kurangnya enam pertuduhan melibatkan kes yang sedang disiasat.

Kosmo! pada 17 Oktober lalu melaporkan Najib dipanggil sekali lagi untuk memberikan ketera­ngan kepada SPRM.

Menurut sumber, beliau dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan baharu kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini