Najib, Irwan Serigar bebas dengan jaminan RM1 juta - Utusan Malaysia

Najib, Irwan Serigar bebas dengan jaminan RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Mahkamah Sesyen menetapkan jaminan RM1 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah dengan dua penjamin setiap seorang.

Hakim Azman Ahmad memerintahkan agar wang ikat jamin sebanyak RM500,000 dijelaskan hari ini manakala bakinya perlu dilunaskan dalam tempoh 10 hari.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 November ini.

Najib, 65, dan Mohd. Irwan Serigar, 61, sebelum itu  masing-masing mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan bersama melakukan pecah amanah membabitkan dana Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN