Najib, Irwan mengaku tidak bersalah - Utusan Malaysia

Najib, Irwan mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah  masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Najib, 65,  dan Irwan Serigar, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya sebagai penjawat awam iaitu masing-masing atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan telah diamanahkan ke atas harta iaitu wang antara RM220 juta dan RM1.3 bilion milik Kerajaan Malaysia didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut.

Jumlah keseluruhan wang tersebut adalah RM6,636,065,000.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Mereka didakwa  mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama  dan boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh  juga dikenakan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN