KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pukul 8.23 pagi di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim sebentar tadi.
Bekas Perdana Menteri itu hadir menaiki kenderaan Proton Perdana dan diiringi pihak polis bagi menghadapi tuduhan pecah amanah bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah. – UTUSAN ONLINE










