PUTRAJAYA 16 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC).
Menurut sumber, beliau dipanggil untuk membantu siasatan kes tersebut berikutan terdapat penemuan baharu dalam siasatan 1MDB yang masih aktif dijalankan.
Ahli Parlimen Pekan itu telah selesai memberikan keterangan selama lebih enam jam kepada SPRM.
Beliau dipercayai keluar dari pintu belakang ibu pejabat SPRM pada 4.30 petang dan masuk di laluan sama pada pukul 10 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE










