Najib dan Mohd. Irwan tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

Najib dan Mohd. Irwan tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini pada pukul 8.10 pagi tadi bagi menghadapi sekurang-kurangnya enam pertuduhan kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan. 

Beliau tiba dengan memakai baju sut lengkap berwarna berwarna biru gelap menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex berwarna hitam dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak lama selepas itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kompleks yang  sama di sini pada pukul 8.20 pagi bagi menghadapi sekurang-kurangnya enam pertuduhan kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan yang memakai sut lengkap berwarna kelabu itu dilihat masuk ke pekarangan kompleks mahkamah menaiki kenderaan Proton Perdana.

Kosmo! Online semalam melaporkan Mohd. Irwan dan Najib akan dituduh secara bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah dipercayai berkaitan kes pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MBD) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Mohd. Irwan dan Najib semalam hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan terhadap mereka.

Bagaimanapun, Mohd. Irwan ditahan selepas sepuluh minit dia tiba di SPRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN