PUTRAJAYA 16 Okt.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai memberikan keterangan selama lebih enam jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau dipercayai keluar dari pintu belakang ibu pejabat SPRM pada 4.30 petang. Malah Najib juga dikatakan masuk pada pukul 10 pagi tadi menerusi pintu belakang SPRM. Difahamkan, Ahli Parlimen Pekan itu dipanggil hari ini bagi memberikan keterangan berhubung skandal kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib sebelum ini pernah beberapa kali dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM membabitkan kes 1MDB termasuk anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya