PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak yang dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini beredar meninggalkan bangunan suruhanjaya itu pukul 4.30 petang tadi. Najib yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire meninggalkan ibu pejabat SPRM melalui pintu belakang bangunan. Menurut sumber, beliau dipanggil untuk memberi keterangan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Terdahulu, Najib tiba di SPRM pada pukul 10 pagi dan memasuki bangunan tersebut melalui jalan belakang. Najib sebelum ini pernah beberapa kali dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM membabitkan kes 1MDB termasuk anak syarikatnya, SRC…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya