SHAH ALAM – Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menjadi antara artis yang berjaya menamatkan pengajian selepas menggenggam diploma dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Naim, 21, menerima Diploma Jurusan Muzik sempena istiadat Konvokesyen UiTM ke-89 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM di sini semalam.
Pelakon filem Bisik Pada Langit itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagramnya dengan mengucapkan syukur kerana berjaya menamatkan pengajian dengan baik.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Alhamdulillah,” tulis pelantun lagu Sekali Lagi itu ringkas. – Bernama











