PAKIS JAYA, Indonesia – Sebuah pesawat Indonesia bersama 189 penumpang dan anak kapal terhempas ke dalam Laut Jawa ketika cuba berpatah balik ke Jakarta semalam hanya beberapa minit setelah berlepas dari kota raya berkenaan.
Beberapa pegawai memberitahu, tiada mangsa terselamat dalam nahas melibatkan penerbangan Lion Air JT610 itu.
Ketika kejadian, pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 yang berusia dua bulan itu sedang dalam perjalanan ke bandar utama di Kepulauan Bangka Belitung, Pangkal Pinang. Kapal terbang itu dijadual tiba di Pangkal Pinang pada pukul 7.20 pagi (waktu tempatan).
Beberapa pegawai penyelamat berkata, mereka sudah menemui sejumlah mayat manusia di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pantai.
Indonesia merupakan antara pasaran aviasi yang paling pesat berkembang di dunia tetapi mempunyai rekod keselamatan yang lemah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










