JAKARTA – Sebuah pesawat Lion Air dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada pukul 6.20 pagi tadi.
Pesawat JT610, penerbangan ke Pangkalpinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia itu, dilaporkan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas.
Jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro yang dipetik media Indonesia berkata, pesawat itu dilaporkan hilang di perairan laut Kepulauan Seribu, Jakarta Utara.
Pesawat yang belum dipastikan jumlah penumpangnya itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkalpinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat. – Bernama









