Nahas Lion Air: Pesawat dilaporkan terhempas - Utusan Malaysia

Nahas Lion Air: Pesawat dilaporkan terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah pesawat Lion Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada pukul 6.20 pagi tadi dilaporkan terhempas sebentar tadi.  

Pesawat JT610 yang membawa seramai 181 penumpang dan tujuh anak kapal yang dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang itu disahkan telah terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara.

“Saya mengesahkan bahawa ia (pesawat) telah terhempas,” kata jurucakap agensi pencarian dan menyelamat negara itu, Yusuf Latif melalui khidmat pesanan teks ketika diminta mengulas mengenai nahas pesawat itu.

Jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro yang dipetik media Indonesia berkata, pesawat itu dilaporkan hilang di perairan laut Kepulauan Seribu, Jakarta Utara dan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN