Nahas Lion Air: Pasukan penyelamat temukan anggota badan manusia - Utusan Malaysia

Nahas Lion Air: Pasukan penyelamat temukan anggota badan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 29 Okt. – Pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa berjaya menemukan cebisan anggota badan manusia di antara serpihan kapal terbang yang terapung di laut.

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah mangsa yang ditemukan, tetapi dimaklumkan, sebanyak enam beg mayat mengandungi cebisan anggota badan telah dipindahkan ke Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta.

Pesawat malang yang membawa 189 penumpang dan anak kapal itu, terdahulu dilaporkan telah membuat permintaan untuk berpatah balik sebelum terputus hubungan.

Pasukan penyelamat masih berusaha untuk mengesan lokasi bangkai kapal terbang tersebut yang tenggelam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN