JAKARTA 29 Okt. – Kesemua 189 penumpang dan anak kapal pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa hari ini dikhuatiri terbunuh, kata jurucakap pasukan penyelamat. Pesawat Boeing 737 MAX itu, hilang dari radar 13 minit selepas berlepas dari Jakarta, dan terjunam ke dalam laut selepas juruterbangnya menghubungi menara kawalan bagi memaklumkan permintaan untuk berpatah balik. Difahamkan, pesawat tersebut gagal dikesan radar selepas permintaan tersebut dibenarkan. “Jangkaan saya tiada yang…










