Nahas Lion Air: Hamas ucap takziah kepada Jokowi - Utusan Malaysia

Nahas Lion Air: Hamas ucap takziah kepada Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Hamas mengucapkan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo berikutan nahas pesawat Lion Air yang mengorbankan 188 penumpang dan kru di perairan Kerawang, Jawa Barat, semalam.

Ketua Biro Politiknya, Ismail Haniyeh berkata, kepemimpinan serta ahli-ahli Hamas turut bersedih dengan insiden tersebut.

“Semoga semua waris mangsa-mangsa yang terkorban dikurniakan kesabaran dan ketabahan oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) mengesahkan nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terputus hubungan dengan menara kawalan 13 minit selepas berlepas dan sebuah bot tunda yang sedang meninggalkan pelabuhan Jakarta melihat kapal terbang itu terjatuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN