JAKARTA – Operasi mencari bangkai sebuah pesawat, Lion Air yang terhempas ke dalam Laut Jawa dekat pesisir pantai Pakis Jaya, Karawang, Jawa Barat semalam masih gagal ditemui setakat pukul 9 pagi ini. Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Bambang Suryo Aji berkata, sebanyak 19 kapal dan tiga helikopter terlibat dalam operasi itu. “Setakat pagi ini sebanyak 24 mayat telah ditemukan, selain serpihan-serpihan dipercayai milik pesawat serta barang-barang milik penumpang,”…









