Mutaah dalam Islam - Utusan Malaysia

Mutaah dalam Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rakan saya memberitahu bahawa pernikahan mutaah tidak pernah diharamkan pada zaman Nabi Muhammad SAW tetapi hanya diharamkan selepas itu.

Apakah pandangan ustaz tentang hal ini?

* Hamdan, Sepang.

UKE: Apa itu nikah mutaah? Ia adalah satu proses seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan bayaran tertentu untuk jangka waktu tertentu.

Wajib diingati perkahwinan di dalam Islam memerlukan syarat sah dan rukun nikah itu sendiri. Berbeza dengan nikah mutaah yang lepas segala daripadanya akan syarat dan rukun yang ditentukan oleh agama.

Nabi SAW mengharamkan akan nikah mutaah di zaman baginda masih hidup dan bukan hanya diharamkan selepas kewafatan baginda. Ada fahaman yang bukan bersandarkan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang mengizinkan nikah mutaah dan menggunakan pelbagai dalil untuk mengharuskan nikah mutaah temasuklah dengan mengatakan Nabi SAW tidak mengharamkan nikah mutaah di zamannya.

Satu perkara lagi yang harus diingat bahawa nikah mutaah di zaman dahulu adalah tetap mempunyai syarat dan rukun sama seperti perkahwinan biasa bukan seperti nikah mutaah yang diamalkan oleh golongan tertentu di zaman sekarang yang boleh kahwin gitu-gitu sahaja.

Anda harus berhati-hati agar tidak terjebak dengan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Sepakat ulama mengharamkan nikah mutaah bersandarkan kepada pelbagai dalil dan nas. Antara dalil pengharaman nikah mutaah ialah hadis daripada Ali bin Abi Thalib RA: “Daripada Ali bin abi Thalib berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang nikah mutaah dan memakan daging keldai jinak pada Perang Khaibar.” (HR. Bukhari 5115, Muslim 1407). Hadis Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani.

Menjadi kebiasaan dalam kalangan umat Islam di Malaysia, mereka akan diam apabila azan dilaungkan. Persoalan saya, apakah berdosa jika bercakap ketika azan berkumandang?

* Pak Andak, Jengka.

UKE: Antara perkara yang baik ketika mendengar azan ialah diam daripada bercakap dan silakan menjawab seruan azan tersebut. Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. [Riwayat al-Bukhari (576)]

Berkata-kata ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu dosa apabila melakukannya. Harus diingat jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab seperti mana yang dilaungkan oleh tukang azan, maka meninggalkan berkata-berkata adalah lebih baik kerana menjawab azan tersebut adalah sebahagian daripada sunnah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN