KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen Jeli yang dipegangnnya meskipun didesak beberapa pihak untuk berbuat demikian setelah mengumumkan keluar daripada UMNO 18 September lalu. Bekas pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas dan memperjuang kepentingan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya. “Terima kasih kepada rakyat Jeli kerana penghijrahan saya untuk jadi anggota Parlimen Bebas…










