Mustapa jalani pemeriksaan kesihatan - Utusan Malaysia

Mustapa jalani pemeriksaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 30 Okt. – Kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan (PH), Mustapa Mohamed masih tidak kelihatan pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Menyedari banyak pihak tertanya-tanya, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaa’kub mengumumkan Mustapa telah memohon untuk tidak menghadirkan diri kerana perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Dengan ini, saya telah meluluskan permohonan beliau itu,” kata beliau ringkas sebelum memulakan persidangan hari ini dengan sesi soal jawab lisan.

Difahamkan, Mustapa tidak akan hadir langsung sepanjang sidang DUN Kelantan kali ini yang diadakan selama tiga hari bermula semalam.

Mustapa menjadi perhatian pelbagai pihak selepas menjadi wakil rakyat bebas kira-kira sebulan lalu sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Jumaat lalu.

Pada hari pertama persidangan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk M. Alwi Che Ahmad mengakui kecewa Mustapa tiada memandangkan beliau sudah lama mahu bersemuka dengan sahabat lamanya itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN