Mustapa hadiri hari terakhir Sidang DUN Kelantan - Utusan Malaysia

Mustapa hadiri hari terakhir Sidang DUN Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed muncul pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas itu tiba pada kira-kira pukul 8.55 pagi dan sempat melambaikan tangan kepada wartawan dan jurugambar yang menunggu ketibaan beliau.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli tidak menghadiri dua hari pertama persidangan DUN yang bermula pada Isnin, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jumaat lepas setelah bertindak keluar UMNO bulan lalu.

Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai Pas, tujuh oleh Barisan Nasional dan satu PH. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN