Murid tahun dua tertusuk besi di tapak kaki - Utusan Malaysia

Murid tahun dua tertusuk besi di tapak kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 19 Okt. – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera di tapak kaki kanan selepas tertusuk besi sepanjang 0.5 meter di sebuah sekolah di Raub dekat sini, semalam.

Ketika kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Muhammad Nurhan Haziq Mohd. Zaidi, murid tahun dua sekolah ber­kenaan dikatakan sedang me­lakukan aktiviti luar kelas.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Raub bagi membantu memotong besi itu pada pukul 3.25 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub tiba lima minit kemudian bagi membantu pihak hospital memotong besi yang tertusuk itu.

“Mereka menggunakan alat khas pemotong besi bagi membolehkan besi yang tertusuk di tapak kaki murid berke­naan dipotong dengan selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sani, pi­haknya mengambil masa kira-kira lima minit memotong besi tersebut di wad kecemasan se­belum mangsa diserahkan kepada pihak hospital bagi menjalani pembedahan.

“Ketika operasi dilakukan, mangsa berada dalam keadaan sedar dan memberikan kerja­sama baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN