KUALA TERENGGANU – Seorang murid prasekolah maut selepas lemas di Sungai Pulau Wan Man berhampiran Taman Tamadun Islam di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 3.01 petang tersebut, mayat Muhammad Rayyan Adam Mohd. Rosnan, 6, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu kejadian mangsa yang merupakan anak sulung dari dua beradik sedang bermain di sungai berkenaan bersama rakan-rakannya. “Sewaktu sedang leka mandi di dalam sungai tersebut, kanak-kanak itu yang menetap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya