OSLO 5 Okt. – Seorang doktor sakit puan dari Congo iaitu Denis Mukwege dan aktivis yang pernah menjadi mangsa rogol dari Iraq, Nadia Murad memenangi Hadiah Nobel Keamanan 2018 hari ini atas jasa dan sumbangan mereka menentang keganasan seksual dalam pelbagai konflik di seluruh dunia. Pengerusi jawatankuasa Nobel, Berit Reiss-Andersen memberitahu bahawa kedua-dua individu tersebut layak menerima anugerah itu kerana usaha berterusan mereka untuk menamatkan keganasan seksual yang digunakan sebagai…










