PORT DICKSON 12 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau sudah tiga bulan tidak keluar dari ibu negara dan berucap di khalayak ramai ekoran masalah kesihatannya. Bagaimanapun, Presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau mengetepikan masalah itu untuk datang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi memastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Inilah pertama kali saya melangkah keluar dari Kuala Lumpur dan berucap kerana…










