“Awak, tolong jadi isteri saya, boleh?”Ana kaget,tiba-tiba dia seakan blur dengan apa yang baru berlaku.” Biar betul mamat sorang ni. Datang kedai aku terus minta jadi bini.’
“Hah? Ana cuba dapatkan kepastian.
“Bolehlah..saya sangat perlukan seorang isteri sekarang ni..Urgent.”Rayu lelaki itu lagi.Ana pusing kepala,bingung.
“Tapi saya tak kenal awak, awak pun tak kenal saya rasanya.”
“Tak apa,sesi perkenalan boleh buat lepas kahwin nanti.”
“What? No.. no.. no..,saya tak boleh kahwin dengan orang yang saya tak kenal. Lagipun umur saya baru 18 tahun. Cari orang lainlah.” tegas Ana.
“Tolonglah..saya boleh bagi apa saja yang awak nak.Rumah,kereta,even awak nak sambung belajar kat overseas pun, saya boleh support,saya boleh bagi segala-galanya yang awak mahukan..just agree to be my wife..”
“Ya Allah..kenapa dengan awak ni?saya tak nak segala-galanya..saya kalau boleh hanya nak jadi hamba Allah yang terbaik.Itu je..”
“Okay then,be the best servant by marrying me.” ujar lelaki itu.Ana mengeluh.
“Saya tak nak bazirkan hidup saya untuk orang yang bukan jodoh saya.”
“Mana awak tahu saya bukan jodoh awak?”Ana terdiam,memang rasa terpukul dengan kata-kata lelaki di depannya ni.
“Entahlah,tanyalah ibu ayah saya dulu.”
“Betul ni?”
“Err…”aduh..tersasul pula tadi…Ana lantas mengambil sehelai kertas dan pen.Setelah mencoret sesuatu, dihulurnya kepada lelaki tersebut.
“Nah.Alamat rumah orang tua saya.Jawapan saya bergantung pada jawapan mereka.”Ana memberi kata putus.Lelaki itu tersenyum, kemudian berlalu pergi.
Ana resah semacam.Rombongan yang baru tiba tadi diintai dari dalam bilik.Sungguh dia tak sangka yang lelaki hari itu serius nak memperisterikannya.
“Ya Allah..ujian apakah ini?”Adu Ana perlahan.Ana terjerit kecil apabila bahunya ditepuk,lantas dia berpaling.
“Ujian apanya?Ini namanya rezeki..terima sajalah Ana.Lagipun aku tengok dia tu ikhlas.”Tegur Mira.Ana menjeling.
“Ikhlas?Aku tak rasa pun macam tu..sebab hari tu, dia kata dia sangat perlukan isteri,urgent.Ra..aku confuse ni..tolong aku Ra..”
“Kau nak tahu apa pendapat aku?Aku rasa baik kau terima je.He’s deadly serious dengan kau. Kalau tak…, buat apa dia datang bawa satu family dia masuk minang kau?”
“Terima… kau cakap?Nama dia pun aku tak tahu..tujuan sebenar dia pun aku tak tahu.Apa-apa tentang dia pun aku tak tahu.Macamana aku nak reda dia jadi imam aku?…”Perbualan Ana dan Mira terhenti bila pintu bilik terbuka.Puan Syarha tersenyum sambil melangkah masuk.
“Ana,ibu nak tanya Ana ni..Ana setuju tak?”Ana memandang ibunya dan Mira bersilih ganti.
“Ibu setuju?”Tanya Ana.
“Ibu dengan ayah setuju..tapi Ana ingat ye,keputusan dalam tangan Ana.”Hampir menitis air mata Ana.. ‘Ya Allah..andai ini takdirku,andai dia jodohku..’ Ana lantas mengangguk sambil tersenyum.
Ana membelek-belek cincin emas di jari manisnya.
‘Betul ke apa yang aku buat ni?’Meskipun sudah sah bertunang dengan lelaki tersebut,Ana masih buntu..solat istikharah telah pun didirikan beberapa kali..tetapi entahlah..hatinya masih ragu-ragu.Nama lelaki itu pun dia masih tak tahu..setiap kali bercakap soal lelaki itu dengan keluarganya Ana akan buat endah tak endah..Tidak mahu kusutkan kepalanya dengan soal itu lagi..’Apa nak jadi,jadilah..’Desis hati Ana.
Dia lantas bangun dan mengambil wuduk,solat sunat hajat didirikan..seusai solat dia menadah tangan..
“Ya Allah,berikanlah hamba-Mu ini kepastian..kurniakanlah hamba ketenteraman dan ketenangan jiwa ya Allah.. tunjukkanlah hamba sesuatu yang pasti ya Allah..amin ya rabbal alamin..”
“Aku terima nikahnya Nurul Jannah binti Mohd. Asngari dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit,tunai..”Bergegar jantung Ana mendengar ijab kabul dilafazkan.Serasa tak percaya yang dia kini sudah sah menjadi seorang isteri.Setibanya upacara membatalkan air sembahyang, Ana gelisah.Suaminya tersenyum suka sambil menghulurkan tangan.Ana menyambut lambat-lambat lalu menciumnya kemudian sebuah ciuman hinggap pula di dahinya..Tiba-tiba Ana terasa aman.Sebelum tangan mereka terlerai sempat Ana bertanya..
“Awak buat istikharah ke?”Lelaki itu mengangguk.
“Dah..dan saya cuma nampak,rasa dan dengar awak..”bisik lelaki itu,bulu roma Ana meremang.
Ya Allah..time macam inilah yang Ana paling takutkan..sudah puas dia mengelak daripada suaminya sebaik saja selesai kenduri tadi..kononnya menyibukkan diri kat dapurlah,bawah khemahlah..macam-macamlah yang dia buat..tapi,nak buat macam mana?..
“Assalamualaikum..”Tegur suaminya..Ana diam menekur lantai ketika keduanya duduk di birai katil.
“Isteri abang ni kenapa pula?takut?abang tak buat apa-apalah..”Terdengar ketawa kecil lelaki itu.Ana mengangkat wajahnya.
“Ana..abang tahu isteri abang ni muda lagi..abang tak akan suruh Ana tunaikan kewajipan Ana sebagai isteri abang buat masa ni..in sha Allah..semuanya jadi bila Ana dah sedia ya..”Serta-merta hati Ana cair..tutur kata suaminya yang lembut terus buat Ana jatuh cinta..
“Er..a..abang..Ana nak tanya something boleh?”Soal Ana,suaminya lantas mengangguk.
“Hm..apa nama abang?”Suaminya menepuk dahi.
“MasyaAllah..isteri abang ni tak tahu nama suami sendiri?tak kan ibu ayah tak bagi tau?”Ana menggeleng.
“Tak tengok kad kahwin?”Sekali lagi Ana menggeleng.
“Subhanallah..isteri abang ni kena kahwin paksa ke?”
“Abang juga yang kata sesi perkenalan selepas kahwin..”Ana ketawa kecil, kemudian terdiam bila terlihat wajah suaminya berubah.
“Er..kenapa?”
“Tak sangka Ana nampak cantik sangat bila tersenyum.Lagi-lagi bila Ana senyum sebab abang.”Ana kembali menekur lantai,malu.
“Kalau sayang abang nak tahu,nama abang…, Nazrin Shah,umur 25 tahun..”Ana memandang wajah suaminya.
“Lagi?..”
“Lagi?…hm..abang kerja sebagai doktor bedah kat HUKM..”
“Wah..abang doktor rupanya..pandainya abang..”terpancar sinar kagum pada mata Ana.Nazrin tersenyum kecil lantas menutup mata Ana.
“Hish,janganlah pandang abang macam tu,malulah abang.Abang tak pandai mana pun..”
“Abang,Ana nak tanya lagi boleh?”
“Tanyalah..inikan sesi taaruf kita..”Ana tersenyum simpul.
“Kenapa masa dekat kedai hari tu…, yang first time Ana jumpa abang tu, abang kata abang perlukan isteri?pulak tu urgent.Dan yang paling Ana hairan,kenapa abang boleh tiba-tiba pilih Ana?”
Nazrin ketawa kecil.. ’Comel betul isterinya bila muka blur ni.’
“Sebenarnya,abang bukan tiba-tiba pilih Ana..abang dah skodeng Ana banyak kali tau.”Terbeliak biji mata Ana mendengar pengakuan suaminya.
“Iye..first time abang nampak Ana kat kedai tu masa kawan abang beli kat situ,time tu abang dah suka tengok Ana..dengan Ana yang bertudung,suara pun dengar tak dengar…”
“Eh,tu pun boleh suka ke?”Sampuk Ana.
“Iyelah..suara pun aurat kan.Abang tak berkenan dengan wanita yang suka cakap suara lunak-lunak ni..”
“Oh..macam tu..sambunglah citer abang lagi.”Nazrin tersenyum mendengar permintaan isterinya.
“Kemudian esoknya abang datang lagi,lama abang perhatikan Ana..Abang perasan yang Ana dengan customer lelaki, payah betul nak senyum ye.”Nazrin mencuit pipi isterinya..Ana tergelak kecil.
“Ana tak biasa senyum kat lelaki..”
“Haha..takpe..abang suka macam tu…then abang tahu yang Ana suka kat budak kecil sesangat kan?..”
“Eh,macam mana abang tahu?”
“Mana taknya,setiap kali customer datang bawa anak atau bayi…, automatik je Ana senyum kan..lagi-lagi dengan bayi.Siap main cak-cak lagi.Bapak dia pun dah pandang Ana semacam..”
“Oh ye ke?Haha..Ana tak perasan.”Ana ketawa lagi.
“Masa tu instinct abang dah kuat dah nak lamar Ana.Tapi abang sabar dulu..Nak observe Ana lagi.”
“Hish,,ingat Ana ni eksperimen ke?”Rajuk Ana.
“Mana ada..nak abang sambung lagi tak?ke nak merajuk je?”
“Hm..sambung jelah..”Nazrin tersenyum.
“Kemudian esoknya abang datang lagi,tup-tup abang tengok Ana dah bertudung labuh. Subhanallah..Masa tu hanya Allah je yang tahu betapa sukanya hati abang.Sejuk je mata dan hati abang tengok Ana.Then,abang tunggu lagi beberapa hari,nak tengok Ana betul ke dah berubah..”
“Ana istiqamah la,bang..”
“Iye sayang..abang tahu..sepanjang tempoh masa tu,sedikit sebanyak abang tahu fasal Ana..dan yang paling abang suka kat isteri abang ni dari mula sampai akhir adalah Ana selalu sembahyang awal waktu..”
“Isy..semua orang pun macam tulah,bang..”
“Eh,,ada yang tak,sayang..”
“Oklah..lepas tu?”
“Lepas tu instinct abang pun makin kuatlah nak lamar Ana,sebab abang tahu,tak susah nak bimbing isteri abang ni ke syurga kan…”Nazrin melirik mata ke arah isterinya,Ana tersenyum simpul.
“Habis,yang fasal urgent tu?Kenapa abang tiba-tiba kata urgent pulak?”Nazrin tersengih sumbing sambil menggaru kepalanya.
“Er..yang itu..er,,ye la..isteri abang ni dahlah cantik,sopan,tutup aurat..abang pun selalu perasan yang ramai orang datang kedai Ana kan..Especially budak-budak lelaki USIM tu..tu yang abang cepat-cepat lamar Ana tu..Tak sangka pulak Ana bagi alamat rumah..Nama pun tak bagi,tup-tup kasi alamat..terkebil-kebil abang nak masuk minang tak tahu nama..Nasib baiklah dalam rumah ni ada sorang je anak dara..kang tersalah pinang kang..melepas Ana..”
“Eh,abang lah terlepas..Ana pulak.”
“Yelah,abang kan hensem..tak hensem ke abang?”Ana tersenyum manja.
“Hensem..lagi hensem dari Abang Izz..”
“Iye?Ahamdulillah..”
“Abang..”
“Iye sayang..”
“Betul ke abang dah buat istikharah sebelum kahwin dulu?”
“Iye..Takkan abang nak tipu Ana pulak.”
“Betul abang nampak Ana?”
“Betul..abang mimpi Ana lari-lari bawak bunga kejar abang.”Ana terdiam.
“Biar betul?”Nazrin ketawa besar sambil mencuit dagu isterinya.
“Ana,petunjuk dari Allah,bukan melalui mimpi je..Hati abang ni petunjuknya.Yakin sangat yang Ana ni tulang rusuk kiri abang.”
“Subhanallah..mudahnya jodoh Ana.Ana selalu risau fasal bakal suami Ana..Takut..”
“Takut apanya?Wanita yang baik untuk lelaki yang baik,begitu pula sebaliknya..Ana kan baik..dapatlah abang yang baik ni jugak..”
“Hish,perasanlah abang ni..”Muncung bibir Ana membuatkan Nazrin tertawa kecil..
“Dahlah,sayang..jom.”
“Er,,jom mane?”Ana mula gelabah.
“Ambil wuduk,nak solat sunat jemaah…”Nazrin lantas bangun sambil menghulurkan tangan kepada isterinya.
“Oh..ingatkan apa tadi..jom,jom..”huluran suaminya disambut.
“Hm..lepas tu kita tidurlah..”Seloroh Nazrin nakal.










