KUANTAN – Seorang mualaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kes menghasilkan wang palsu dan pemalsuan kad pengenalan di sini minggu lalu. Tertuduh, Mohammad Ridzuan Cheong Abdullah, 34, dari Alor Akar di sini mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Siti Aminah Ghazali. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang tukang cat didakwa memiliki peralatan menghasilkan wang palsu, 42 keping matawang bernilai…










