MRA bantu 40 keluarga miskin di Beaufort - Utusan Malaysia

MRA bantu 40 keluarga miskin di Beaufort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah Cawangan Beaufort menyampaikan sumbangan bantuan asas makanan kepada 40 keluarga miskin tegar di beberapa kampung di daerah itu menerusi program Sahabat MRA Prihatin.

Penyelaras Projek MRA Sabah, Mohd. Lutfi Hafifi Japili berkata, antara kampung-kampung terbabit ialah Kampung Luagan, Kampung Lingkungan, Kampung Weston dan Kampung Lubuk.

“Bantuan ini adalah satu usaha kami untuk membuka mata masyarakat bahawa golongan miskin tegar masih wujud. Malah ada rumah yang diziarahi sangat usang sehingga tiada kemudahan asas selain anak-anak keluarga berkenaan tidak mempunyai baju.

“MRA Sabah tekad untuk menjadikan isu kemanusiaan terutamanya kemiskinan dan pendidikan dapat difahami dengan baik serta dilaksanakan secara bersama di negeri ini bersama semua pihak terutama agensi kerajaan dan swasta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Lutfi Hafifi, orang ramai yang mahu membantu meringankan beban golongan yang tidak bernasib boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 560241021056 atas nama Malaysia Relief Agency Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN