MPSJ siap sedia hadapi banjir kilat - Utusan Malaysia

MPSJ siap sedia hadapi banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan terus memantau dan melakukan penyelenggaraan sistem saliran secara lebih kerap di sekitar kawasan yang terjejas teruk akibat banjir kilat di Puchong, kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, taburan hujan yang tinggi berbanding hari biasa menyebabkan lima kampung mengalami banjir kilat selain kesesakan teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Bandar Puteri, Puchong.

“Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Sri Aman, Kampung Kenangan, Kampung Tengah, Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Sri Andalas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu kami akan melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang terutama pada musim hujan,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu Azfarizal berkata, Pasukan Tindakan Segera MPSJ (Pantas) kini berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi banjir kilat sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Antara persediaan yang dilakukan adalah kerja-kerja pemotongan dan pemeriksaan longkang secara menyeluruh di lokasi-lokasi yang dikenal pasti berisiko. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini