SUBANG JAYA 8 Okt. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyasarkan lebih 3,000 pengunjung hadir memeriahkan Minggu Kesihatan dan Karnival Sihat Selangor peringkat MPSJ 2018 yang berlangsung selama enam hari bermula hari ini.
Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Noraini Roslan berkata, pada tahun ini program yang berlangsung di Dewan Kenangan MPSJ itu menggunakan tema ‘Wanita pemangkin generasi sihat’ sebagai penghargaan kepada golongan wanita.
“Golongan wanita memainkan peranan penting dalam usaha membentuk generasi sihat kerana pendidikan anak-anak bermula dari rumah dan ibu adalah individu paling hampir dengan mereka.
“Program ini diharap dapat menjadi platform penyebaran informasi sekaligus melahirkan masyarakat yang lebih peka mengenai kesihatan pada masa hadapan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program tersebut di sini. – UTUSAN ONLINE











