MELAKA 1 Okt. – Pemilikan Zoo Melaka dan Taman Burung di Ayer Keroh, di sini kini telah diambil alih sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) daripada syarikat konsortium KKW Sdn. Bhd. berkuatkuasa hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew berkata, hasil perbincangan pada Jumaat lalu, syarikat tersebut bersetuju untuk menamatkan perjanjian penswastaan Zoo Melaka dan Taman Burung dan diserah milik kepada…









