Morata bantu Chelsea raih kemenangan - Utusan Malaysia

Morata bantu Chelsea raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Okt. – Penyerang berbisa Chelsea, Alvaro Morata menjadi wira buat pasukannya selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika menentang Vidi dari Hungary bagi membolehkan kelab Liga Perdana Inggeris itu meraih kemenangan 1-0 dalam saingan Kumpulan L Liga Europa di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Chelsea berada di tangga teratas kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan dan mempunyai kelebihan tiga mata berbanding pasukan di kedudukan kedua PAOK Salonika.

Kapten Chelsea, Gary Cahill berkata, kemenangan tersebut telah menaikkan semangat pasukan untuk melakukan lebih baik lagi dalam perlawanan seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya perlawanan seperti ini memang sukar, tetapi apa yang penting ialah kami cukup bersemangat selepas meraih kemenangan sebegini.

“Saya juga percaya pasukan kami memang layak untuk mendapat kemenangan ini selepas mempamerkan aksi menarik sepanjang 90 minit perlawanan,” kata Cahill.

Morata menjaringkan gol pada minit ke-70 selepas mendapat hantaran menerusi tandukan daripada Willian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini