KUALA LUMPUR 21 Okt. – Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin ahli parti di Cabang Gombak dapat membuat keputusan yang tepat dan adil berdasarkan rekod kerja seseorang pemimpin. Menurutnya, beliau selalu bersifat optimistik dan percaya pemilihan seseorang individu itu perlu berdasarkan prestasi. “Sekiranya proses pemilihan PKR berjalan telus dan terbuka dengan sokongan ahli yang diterjemahkan dalam bentuk undi, saya yakin dapat menang dengan majoriti besar,” katanya…










