KUALA LUMPUR 21 Okt. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kecewa dengan proses pemilihan e-undi yang masih mengalami masalah teknikal meskipun sudah memasuki minggu kelima.

Mohamed Azmin yang tiba di pusat pengundian Dewan Seri Siantan, Gombak dekat sini seawal kira-pukul 9.50 pagi dilihat hanya dapat mengundi kira-kira pukul 10.30 pagi atas alasan masalah teknikal.
“Macam hari ini pusat pengundian sepatutnya dibuka lebih awal dan ahli boleh mengundi tepat pukul 10 pagi tetapi terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada pemberita di pekarangan Dewan Seri Siantan, Gombak dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berharap penangguhan seperti itu tidak lagi berulang kerana memberi gambaran yang tidak baik kepada parti dan proses pemilihan. – UTUSAN ONLINE










