Mohamed Azmin dakwa margin undinya lebih besar - Utusan Malaysia

Mohamed Azmin dakwa margin undinya lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa sekiranya masalah undi hilang tidak berlaku dalam pemilihan parti tersebut margin undinya di Selangor adalah lebih besar.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Gombak itu menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR untuk menyiasat dan membuat keputusan berhubung masalah tersebut.

“Cuba lihat di Selangor, undi hilang dan Ampang sahaja 1,100 undi hilang. Bahagian saya sahaja 800 undi hilang.

“Anda cuba bayangkan jika undi ini ada, pastinya margin saya lebih besar dari apa yang saya perolehi, tetapi biarkan mereka membuat keputusan dan siasat,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today, hari ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyempurnakan majlis penutup Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuhan Ekonomi Mapan.

Sehingga Ahad lalu, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendahului undi terhadap Mohamed Azmin dengan perbezaan sebanyak 1,229 undi sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN