Mohamad Sabu sempurnakan acara letak lunas kapal di China - Utusan Malaysia

Mohamad Sabu sempurnakan acara letak lunas kapal di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara pemotongan keluli Littoral Mission Ship (LMS) 2 dan peletakan lunas kapal LMS 1 di Wuchang Shipbuilding Industrial Group, Shuangliu, China, semalam.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kehadiran Mohamad diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan TLDM, Laksamana Muda Shamsudin Ludin.

Menurut kenyataan itu, upacara berkenaan disaksikan oleh pengurusan syarikat pembina kapal dari Malaysia iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. selaku pemegang kontrak yang bekerjasama dengan syarikat dari China, China Shipbuilding Industry Corporation dan China Shipbuilding and Offshore International Co. Ltd (CSOC).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Upacara peletakan lunas kapal LMS 1 merupakan yang kedua dilaksanakan selepas upacara pemotongan plat besi dalam tradisi pembinaan kapal.

“Upacara ini menunjukkan penyambungan blok besi bahagian bawah kapal sehingga terbentuknya lunas kapal iaitu struktur tulang tunjang kapal,” jelas kenyataan itu, di sini hari ini.

CSOC merupakan syarikat yang berpengalaman dalam industri membina kapal perang untuk pelbagai negara.

Sejak kontrak itu ditandatangan pada 23 Mac 2017, kemajuan kerja yang ditunjukkan amat memberangsangkan selain komitmen pekerja dan kesungguhan CSOC mematuhi jadual melancarkan proses pembinaan LMS berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini