Mohamad Azmin dahului di Sepang - Utusan Malaysia

Mohamad Azmin dahului di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 14 Okt.- Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengatasi pencabarnya, Rafizi Ramli yang berentap untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bagi Cabang Sepang di sini hari ini.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan dalam laman web Pemilihan PKR, Mohamed Azmin berjaya memperoleh 1,183 undi manakala pencabarnya, Rafizi pula 1,044 undi.

Bagi kerusi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar mendahului senarai dengan 1,126 undi diikuti ‪Dr.‬ Xavier Jayakumar 1,065 undi, Zuraida Kamaruddin (885 undi), S. Kesavan (769) dan

Shamsul Iskandar Mat Akin 704 undi.

Sementara dalam pemilihan di peringkat cabang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah yang berada dalam kem Mohamed Azmin berjaya menewaskan tiga pencabarnya lain untuk mengisi jawatan Ketua Cabang dengan memperoleh 1,010 undi.

Untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sepang dimenangi oleh S. Narenda Kumar dengan 191 undi berbanding tiga pencabar lain manakala Ketua Wanita dimenangi oleh M. Nermala Dewi menerusi 438 undi daripada dua calon lain.

Pemilihan PKR Cabang Sepang yang berlangsung bermula dari 9 ‪pagi hingga 5‬ petang berjalan dengan timbul sedikit kekecohan apabila ramai ahli yang hadir terpaksa beratur dan bersesak panjang sebelum dibenarkan masuk mengundi di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Sepang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN