Modal dengan Bootstrap - Utusan Malaysia

Modal dengan Bootstrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner minggu ini, bersama latihan Bootstrap bahagian ke-11. Dalam latihan kali ini, kita akan mempelajari kaedah memaparkan tetingkap kecil di atas laman web yang dikenali dengan nama Modal.

Secara ringkas, Modal merupakan tetingkap kecil yang terapung pada paparan laman web sambil menggelapkan keseluruhan ruang lain pada laman tersebut.

Kaedah ini memaksa pengguna supaya fokus kepada tetingkap tadi sahaja.

Kedudukan elemen Modal biasanya ditetapkan menggunakan arahan position: fixed.

Oleh itu, adalah digalakkan supaya kod atur cara Modal ditulis terlebih dahulu berbanding kod lain.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Menerusi latihan tadi, kita telah mepelajari kaedah memaparkan tetingkap kecil Modal. Tetingkap ini ditetapkan menggunakan kelas modal yang dimasukkan ke dalam elemen

yang sesuai.

Terdapat tiga elemen utama Modal yang boleh diubah suai oleh pengatur cara iaitu Header, Body dan Footer.

Untuk menambah animasi kepada tetingkap tadi, kelas modal boleh dipadankan terus dengan kelas fade seperti contoh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN