MITI miliki pegawai, budaya tepat untuk sokong Menteri - Utusan Malaysia

MITI miliki pegawai, budaya tepat untuk sokong Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memiliki barisan pegawai serta budaya kerja yang tepat bagi menyokong Menterinya ketika ini, Datuk Darell Leiking.

Ketika menyuarakan rasa optimis itu, bekas Menteri MITI, Tan Sri Rafidah Aziz yang kini Pengerusi AirAsia X Bhd. Berkata, Darell mewarisi satu kementerian yang melaksanakan budaya kerja tahap tinggi sejak dahulu lagi ketika beliau bertugas di situ.

“Budaya (kerja) diamalkan MITI merupakan sesuatu yang kami tetapkan sebagai penanda aras. Malah, sepertimana yang dimaklumkan kepada saya, ia masih lagi di tahap tinggi. Oleh itu, saya rasa Menterinya akan berasa mudah (untuk bertugas di situ),” katanya dalam temu bual dengan Bernama, hari ini.

Rafidah turut berkongsi pandangannya mengenai Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Isham Ishak.

“Isham adalah Ketua Setiausaha yang baik. Beliau memahami skala, tanggungjawab dan peranan menyeluruh MITI.

“Beliau faham apa yang diperlukan bagi penyelarasan dengan sektor swasta, rangkaian perundingan serta kepentingan bekerja tanpa menangguh,” katanya.

Rafidah merupakan Menteri MITI paling lama berkhidmat iaitu tugas yang disandangnya sejak 1987 sehingga 2008.

Darell menggantikan Datuk Seri Mustapa Mohamed ekoran kejayaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional pada Mei lepas.

Bagaimanapun, tindakan Mustapa yang menyertai Parti Bersatu yang juga antara parti dalam kerajaan masa kini, mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan beliau menganggotai semula Kabinet. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN