Misteri pelajar ghaib di lokasi nahas - Utusan Malaysia

Misteri pelajar ghaib di lokasi nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kehilangan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta mencetuskan misteri apabila motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggangnya ditemui di lokasi kemalangan maut di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Jumaat lalu.

Kehilangan mangsa, Amir Hamzah Mohd. Rozali, 22, disedari abangnya, Mohamad Khairul ­Anuar selepas adiknya yang belajar di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Taman Maluri di ibu negara gagal dihubungi sejak 12 Oktober lalu.

Sebaliknya lebih mengejutkan Mohamad Khairul dan keluarga apabila mereka menerima panggilan daripada pihak polis Sabtu lalu yang mengatakan motosikal yang ditunggang Amir Hamzah dijumpai di lokasi kemalangan dua maut dan sembilan cedera membabitkan empat kenderaan.

Bagaimanapun, kelibat atau tubuh Amir Hamzah tidak pula ditemui di situ.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN