KUALA LUMPUR 16 Okt. – Lebih seminggu selepas kepulangan Datuk Lee Chong Wei ke tanah air setelah selesai rawatan kanser hidung tahap pertama di Taiwan, ketua jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek mengakui belum bersedia untuk bertemu anak didiknya itu. Biarpun belum menjenguk pemain itu, Misbun berkata, beliau tetap berhubung dengan Chong Wei melalui telefon bagi mengetahui perkembangan pemain itu. “Kita faham, kalau dia jumpa saya…mungkin nanti keadaan bertukar menjadi emosi.…










