KAJANG 12 Okt. – Selepas taktik membungkus dadah menggunakan peket teh Cina terbongkar, sindiket mengubah modus operandi dengan mencampur bahan terlarang itu ke dalam minuman kultur terkenal untuk diedarkan di sekitar Lembah Klang. Dengan mencampur sejumlah ketamin, minuman kultur itu di jual di pusat-pusat hiburan pada harga RM250 sebotol. Bagaimanapun kegiatan sindiket itu berjaya dihidu pihak berkuasa dan sembilan serbuan selama dua hari berturut-turut bermula pukul 7.50 malam Rabu hingga…










