ISTANBUL – Turki meminta supaya 18 suspek yang terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi diekstradisi dari Arab Saudi ke sini untuk perbicaraan. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Ankara mempunyai banyak bukti dalam kes pembunuhan berkenaan. Pengumuman berkenaan dibuat sehari selepas pendakwa raya Arab Saudi berkata, berdasarkan bukti yang diserahkan oleh Turki, pembunuhan tersebut seolah-olah telah dirancang. Ini adalah pertama kali pihak berkuasa membuat pengakuan sedemikian. Terdahulu, pihak berkuasa Arab…










