Minat jadi pendorong hasilkan toppeng Kamen Rider - Utusan Malaysia

Minat jadi pendorong hasilkan toppeng Kamen Rider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Kerana minat yang terlalu mendalam terhadap figura fiksyen seperti Kamen Rider dari Jepun, Mohd Nor Othman, 34, cuba mencabar dirinya untuk menghasilkan topeng watak aksi tersebut menerusi kerja-kerja tangan.

Dia yang menjalankan perniagaan sendiri berkongsi cerita, dia bermula menghasilkan kostum-kostume kreatif dengan bahan-bahan terbuang.

“Bermacam-macam eksperimen telah dilakukan bagi mengatakan hasil kerja yang terbaik. Bermula dari bahan yang tidak tahan lama sehinggalah kepada bahan yang ringan dan mudah digayakan.

“Begitu juga dengan teknik penghasilannya. Saya akui ia memang memerlukan proses pembelajaran namun hasilnya semakin lama Alhamdulillah semakin baik,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui dalam program KL Toon di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, dia yang sudah lebih lima tahun berkecimpung dalam bidang itu memberitahu pendapatan menghasilkan produk tangan sedemikian boleh mencecah ratusan ringgit.

“Saya pernah menghasilkan sut penuh bagi watak Transformer seperti yang biasa dilihat hadir bagi memeriahkan sesuatu acara dan berdasarkan pengalaman saya, watak Iron Man juga sering mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelanggan,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN