PETALING JAYA 31 Okt. – Seorang peniaga didenda maksimum RM300 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 80 kotak pelbagai jenis mercun secara haram, dua hari lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas V. Ragunath, 31, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Jalan Permai 1/1, Taman Puchong Permai, Puchong dekat sini kira-kira pukul 7.45 malam, 29 Oktober lalu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa…