MAPASTEPEC, Mexico – Beribu-ribu migran dari Amerika Tengah terus bergerak secara beramai-ramai melintasi Mexico menuju Amerika Syarikat (AS) dengan mengambil masa kira-kira 12 jam lagi perjalanan.
Migran tersebut yang setiap hari menimbulkan kemarahan Presiden AS, Donald Trump di platform Twitter, berjalan kaki dan menumpang pengangkutan dari pekan Huixtla di selatan Mexico menuju Mapastepec yang terletak lebih 60 kilometer (km) jauhnya.
“Saya rindukan negara saya. Saya tidak melakukan perjalanan ini tanpa sebab. Tiada sesiapa mahu meninggalkan rumah untuk pergi ke satu tempat yang mereka tidak tahu. Namun kadangkala keperluan mendesak kami melakukannya disebabkan apa yang berlaku di negara kami,” kata Delmer Martinez, seorang migran dari El Salvador.
Mereka bergerak kira-kira 100km dari sempadan Mexico-Guatemala, selepas berlaku beberapa siri merempuh pintu sempadan pada Jumaat lalu.
Walaupun dihalang di pintu terakhir oleh ratusan polis, sebahagian gerombolan itu masuk ke Mexico dengan melintasi sungai sempadan. – AFP










