KUALA LUMPUR 11 Okt. – Koperasi Usahawan India Malaysia (MIEC) akan menganjurkan Anugerah Perdana Usahawan Muda India (Perdana YIEA) 2018 pada 9 Disember depan bagi mengiktiraf golongan itu atas pencapaian mereka dalam bidang keusahawanan. Majlis anugerah yang ke-13 bertemakan ‘Memupuk Usahawan India’ itu, turut mendapat kerjasama daripada Social Entrepreneurs Network (SeNet). M. Mathuraiveran Pengerusi MIEC, M. Mathuraiveran berkata, Perdana YIEA yang diperkenalkan sejak 2004, menyediakan platform kompetitif kepada usahawan muda India bersaing dalam arena perniagaan yang semakin mencabar. “Anugerah ini mengiktiraf pencapaian usahawan muda India cemerlang yang telah berjaya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya